Monday, January 2, 2012

Review :: Pelamin Kayu



Assalamualaikum

Meh nak citer pasal pelamin hari ni...mentang-mentang kerja tak banyak, boleh la update cerita ceriti sesuka hati..hahaha!

Ok..ni pelamin masa tunang.



simple je rasanya...sebab kerangka kayu tu, ishh..tak tahu la nama dia apa. memang dah ada kat rumah..mak memang dah niat, beli benda ni just tuk anak-anak perempuan dia guna tuk kahwin ke, tunang ke..so,sebab aku ni anak sulong perempuan, aku la guna dulu..hehe!

so, pelamin ni just letak bling2 n bunga je..then siap..hehehe! takde nye nak kerawang-kerawang bagai tu..hehe!

anyway, aku memang super puas hati dengan pelamin ni...simple tapi indah..

Amy Mustapha Bridal yang bertanggungjawab menjadikan kerangka kayu biasa menjadi pelamin yang aku suka..


cukup untuk aku mengarut hari ni..

nanti bila senang aku citer lagi..budjet ada orang baca je blog aku ni...ewah!

byeee!

Salah ke?

Hye dear,

Takpasti ada yang baca atau tak...tapi just nak luahkan rasa yang terpendam..ewah..! straight to the point, aku tak reti berbahasa blog, lebih selesa berbahasa biasa..sebab tu la jarang belognye ditulis.

Majlis bertunang dah selesai, tapi mulut-mulut masih berbunyi. Bukan datang dari orang yang aku rapat sangat, tapi dari orang yang taktahu sapa dia sebenarnya.Kenal sehari tapi dia punya cerita heboh sedunia.

Dia cakap majlis tunang dah mcm majlis kahwin..aduh! kene ke aku clarify secara detail tentang majlis tunang tu..takperlukan..! suka hati la kan nak buat mcm mana..yang penting nye semua barang-barang yang guna ms bertunang tu ada kat rumah aku..so, reuse je la kan..pening la pikir orang yang mcm ni. dan aku tak membazir pun tuk majlis bertunang tu.

aku buat secara kecil-kecilan shj, tapi disebabkan family Firdaus tu jenis berkeluarga besar, so majlis tu nampak ramai yang datang...mana taknya lebih 30 buah kereta datang..jemputan aku skit je..jemputan dia yang ramai...panjang plak aku bebel! aduh, tapi memang stress la!

dah, aku malas nak tulis secara detail, nanti kang lain plak ceritanya, lantak la..aku dah unfriend dgn dia..padan muka dia..! jahat kan...hahahah!

dan aku pasti, korang pun bertunang meriah jgk kan, ada pelamin, hantaran, doorgift,makan-makan kan..sama je la apa yang aku buat..tapi tak tahu mana silapnye..ada yang memandang serong.

takpela!
peace yo!

Tuesday, November 1, 2011

Selesai

Hye Dear,

Alhamdulilah.22.10.11 Majlis pertunangan Eja dah selamat dijalankan. Syukur tak terkata. Selepas 6 tahun kami bercinta, akhirnya hubungan kami dah diikat dengan ikatan pertunangan. Insya Allah, setahun akan datang, ikatan pertunangan ini akan bertukar menjadi ikatan yang lebih suci dan halal. *taksabar*

nah, tepek gambar dulu.



heheh! Cantik tak *perasan*


Ya Allah semoga ikatan pertunangan ini tidak dilanda badai yang mampu memusnahkan impian kami. Amin


Love,
Eja

Monday, October 10, 2011

E-day prep : HANTARAN

Hye Dear,

agak lama blog ni menyepi..hehe! sepi sebab malas nak menaip la kan..biasa la tu..bila mood tak datang..memang takder idea..kiki!

By the way, untuk my E-day ni i akan bagi hantaran 7 dulang balas 5 dulung (skit nyer). so the hantarans are :

SIRIH JUNJUNG
SONGKET
KEMEJA
SEJADAH
COKLAT
MACAROONS
PULUT KUNING+SERUNDING

Semua dah setel sebab dok main tempah jer..tak reti weh nak DIY..hehe! nanti la..lagipun takder masa *alasan* padahal tangan memang jenis KAYU. tak berseni langsung.

I sekrang ni memang ada masalah besar, I belum tempah lagi tuk pulut kuning. Ingat nak buat sendiri..tapi takut tak sempat..arghh! masalah betul la..nak tempah mcm tak berbaloi..nak buat, nak hias tak pandai..kang jadi apa tah.. i nak yang mcm ni :




*simple jer*


*comeykan*

Pahang B2b or sesaper saja yang ada contact person yang boleh terima tempahan mcm ni..tolong sngt bagi tahu I yer..memang mengharap sgt ni..ewahh!padahal buat sendiri bukan susah pun

*Sekian*

Tuesday, September 27, 2011

Diet oh Diet

Hye dear,

Korang-korang-korang, korang diet tak nak naik pelamin ni? yehaa! i memang diet ok..tapi diet i memang la tak tahu berkesan ke tak..sebab waktu kerja memang diet gila..Isnin til Jumaat..memang control gila..tapi bila dah balik kampung+jumpa kekasih hati...memang hancur segala diet..lemak cili api daging, ayam sambal, tomyam, aish..semua la..makan mengikut kesukaan hati..bukan ikut keupayaan perut..hehe! *budget perut kecik la tu. i ni bukan la kita berat sangat..tapi tetap nak turun jgk..sebab i nak pipi i cengkung..haha! sebab pipi ni terlalu la bambam sikebabam..hamek ko..sekali senyum mak aih...mcm pau kari ayam sebijik weh!

setat semalam, i dah mula diet carbohydrate..kiranya tak amik sebarang makanan yang mengandungi carbo...mcm nasi,roti, mihun...i ikut style diet atkins. memang ratah lauk jer la plus minum air banyak-banyakkk! kalau tak jadi jgk tak tahu la..i jenis yang malas mengeluarkan peluh tapi rajin mengeluarkan duit untuk membeli makanan..cool kan..hehe!

I teruja gila dengan sorang budak ni..i baca blog dia ni ha blog dia http://www.taknakgemuk.com
..lepas baca terus teruja gila..so setakat dua hari ni..memang i buat la..memang tak amik langsung makanan yang diHARAM kan itu..

So, sesapa yang dok sedang berdiet ni, jom kita cuba diet ni sama2 nak tak? tengok hasil nya..hope i dapat bertahan dan dapat result yang superduper meletups u! hehehe!

ok ni bukti nya budak Dzul ni,


SEBELUM




SELEPAS
Teruja tak, teruja tak,teruja tak?

so apa lagi, jom la kita buat sesama..

Monday, September 26, 2011

Risik Merisik

Dearest,

Sebenarnya i tak pernah terfikir untuk dirisik, bertunang dan berkahwin secepat ini. tapi tiap-tiap hari dok ajak si kekasih hati kahwin..melampau kan tiap-tiap hari..yelakan..kita pun teringin jgk nak jadi raja sehari..haha!

anyway, sebenarnya keputusan untuk datang merisik memang datang secara tiba-tiba..kami dok makan-makan..pastu i cakap..jom la kita kahwin nak tak..kita buat simple jer..sesimple mungkin.. u datang risik i raya ni..then kita kahwin tahun depan..cun la tu..waktu tu kita dah dua-dua stabil..boleh kahwin kan..dengan sepantas kilat terus En Kekasih hati bersetuju.

bukan apa bagi kami, merisik tu setakat kenal-kenal antara dua keluarga..*padahal kedua kelurga memang dah kenal sgt*. then bila dah merisik, tahun depan la kahwin nyer..kitaorang ingat tak payah la bertunang..sebab dah kenal sgt..dan dah lama kenalnya..so kahwin jer tahun depan..tup-tup lepas bincang, mereka decide untuk tunangkan kami..memang agak terkejut jgk la.

So, 3 September 2011., i pun berjaya la dirisik oleh keluarga EN. Kekasih hati.. berdebor la jgk..sebab tahla..memang perasaan itu kot..haha!

Ni gambar sewaktu dirisik.

Bincang


Hantarans
Gold green : Hers
White : His


*_____*




~kebaskakiwehdokmacamni~



Rombongan Puan Yati



ROmbongan EN. ALi

Itu jer la citernyer..so sekarang menghitung hari tuk bertunang pulak..Hasil perbincangan kitaorang akan ditunangkan pada 22.10.11. Insya Allah. Doakan yer berjalan dengan lancar hendaknya.

Daaa!



Hye Dear

Hye Dear, this is my 1st entry selepas berkurun lama tak menaip dalam blog ni..hehe! memalukan kan..dulu beria ada blog..pastu bila dah lama-lama di tinggalkan tak bernyawa.

now, insya allah blog ini akan bernafas semula tapi dengan tema yang berbeza..blog ini akan memfokuskan tentang Perjalanan sebuah impian menjadi realiti...ala dengan kata lain..blog main kahwin-kahwin..ehe!

Sebenarnya memang takda idea nak taip apa ni..hehe! nanti akan update lagi tentang cerita terbaru berkaitan cerita cerita tunang, kahwin i.. so dengan bangganya i istihar diri i..