Tuesday, September 27, 2011

Diet oh Diet

Hye dear,

Korang-korang-korang, korang diet tak nak naik pelamin ni? yehaa! i memang diet ok..tapi diet i memang la tak tahu berkesan ke tak..sebab waktu kerja memang diet gila..Isnin til Jumaat..memang control gila..tapi bila dah balik kampung+jumpa kekasih hati...memang hancur segala diet..lemak cili api daging, ayam sambal, tomyam, aish..semua la..makan mengikut kesukaan hati..bukan ikut keupayaan perut..hehe! *budget perut kecik la tu. i ni bukan la kita berat sangat..tapi tetap nak turun jgk..sebab i nak pipi i cengkung..haha! sebab pipi ni terlalu la bambam sikebabam..hamek ko..sekali senyum mak aih...mcm pau kari ayam sebijik weh!

setat semalam, i dah mula diet carbohydrate..kiranya tak amik sebarang makanan yang mengandungi carbo...mcm nasi,roti, mihun...i ikut style diet atkins. memang ratah lauk jer la plus minum air banyak-banyakkk! kalau tak jadi jgk tak tahu la..i jenis yang malas mengeluarkan peluh tapi rajin mengeluarkan duit untuk membeli makanan..cool kan..hehe!

I teruja gila dengan sorang budak ni..i baca blog dia ni ha blog dia http://www.taknakgemuk.com
..lepas baca terus teruja gila..so setakat dua hari ni..memang i buat la..memang tak amik langsung makanan yang diHARAM kan itu..

So, sesapa yang dok sedang berdiet ni, jom kita cuba diet ni sama2 nak tak? tengok hasil nya..hope i dapat bertahan dan dapat result yang superduper meletups u! hehehe!

ok ni bukti nya budak Dzul ni,


SEBELUM




SELEPAS
Teruja tak, teruja tak,teruja tak?

so apa lagi, jom la kita buat sesama..

Monday, September 26, 2011

Risik Merisik

Dearest,

Sebenarnya i tak pernah terfikir untuk dirisik, bertunang dan berkahwin secepat ini. tapi tiap-tiap hari dok ajak si kekasih hati kahwin..melampau kan tiap-tiap hari..yelakan..kita pun teringin jgk nak jadi raja sehari..haha!

anyway, sebenarnya keputusan untuk datang merisik memang datang secara tiba-tiba..kami dok makan-makan..pastu i cakap..jom la kita kahwin nak tak..kita buat simple jer..sesimple mungkin.. u datang risik i raya ni..then kita kahwin tahun depan..cun la tu..waktu tu kita dah dua-dua stabil..boleh kahwin kan..dengan sepantas kilat terus En Kekasih hati bersetuju.

bukan apa bagi kami, merisik tu setakat kenal-kenal antara dua keluarga..*padahal kedua kelurga memang dah kenal sgt*. then bila dah merisik, tahun depan la kahwin nyer..kitaorang ingat tak payah la bertunang..sebab dah kenal sgt..dan dah lama kenalnya..so kahwin jer tahun depan..tup-tup lepas bincang, mereka decide untuk tunangkan kami..memang agak terkejut jgk la.

So, 3 September 2011., i pun berjaya la dirisik oleh keluarga EN. Kekasih hati.. berdebor la jgk..sebab tahla..memang perasaan itu kot..haha!

Ni gambar sewaktu dirisik.

Bincang


Hantarans
Gold green : Hers
White : His


*_____*




~kebaskakiwehdokmacamni~



Rombongan Puan Yati



ROmbongan EN. ALi

Itu jer la citernyer..so sekarang menghitung hari tuk bertunang pulak..Hasil perbincangan kitaorang akan ditunangkan pada 22.10.11. Insya Allah. Doakan yer berjalan dengan lancar hendaknya.

Daaa!



Hye Dear

Hye Dear, this is my 1st entry selepas berkurun lama tak menaip dalam blog ni..hehe! memalukan kan..dulu beria ada blog..pastu bila dah lama-lama di tinggalkan tak bernyawa.

now, insya allah blog ini akan bernafas semula tapi dengan tema yang berbeza..blog ini akan memfokuskan tentang Perjalanan sebuah impian menjadi realiti...ala dengan kata lain..blog main kahwin-kahwin..ehe!

Sebenarnya memang takda idea nak taip apa ni..hehe! nanti akan update lagi tentang cerita terbaru berkaitan cerita cerita tunang, kahwin i.. so dengan bangganya i istihar diri i..